Perang Belanda-Portugal

Perang Belanda-Portugal merupakan satu konflik bersenjata yang membabitkan angkatan Belanda dalam bentuk Syarikat Hindia Timur Belanda dan Syarikat Hindia Barat Belanda, menentang Empayar Portugal. Bermula pada 1602, konflik ini melibatkan syarikat-syarikat Belanda menyerang koloni-koloni Portugal di Amerika, Afrika, India dan Timur Jauh. Perang ini dianggap sebagai lanjutan daripada Perang Lapan Puluh Tahun di Eropah pada tempoh konflik di antara Sepanyol dan Belanda, di mana Portugal masih berada di dalam kesatuan Takhta Sepanyol sepanjang tempoh konflik. Bagaimanapun, konflik ini memberi kesan yang kecil pada perang di Eropah, sebaliknya bertindak sebagai kaedah utama bagi Belanda untuk mendapatkan kawalan di empayar luar negara dan mengawal perdagangan sehingga merugikan Portugal. Angkatan Inggeris juga membantu Belanda pada tempoh tertentu semasa perang. Akibatnya, meskipun Portugal telah menang di Amerika Selatan, Belanda jelas telah mendapat kemenangan di Timur Jauh. Impian Belanda di bahagian-bahagian lain di dunia tidak berjaya ekoran tentangan daripada Portugal. Inggeris juga mendapat manfaat daripada perang yang berpanjangan di antara dua seteru utama ini di Timur Jauh.